Contact

010-7777853
018-7777853
011-28012525
019-3688338

info@plata1m.com.my

A1M | Terms & Condition
a1m, jpj, malaysia car, yayasan, car number plate malaysia
16031
page-template,page-template-full_width,page-template-full_width-php,page,page-id-16031,ajax_fade,page_not_loaded,,qode-title-hidden,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-11.1,qode-theme-nest,wpb-js-composer js-comp-ver-5.1.1,vc_responsive

SYARAT-SYARAT TAWARAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN A1M

 

  1. Setiap permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Tawaran Nombor Pendaftaran Kenderaan yang boleh di boleh dimuat turun dari laman web www.plata1m.com.my
  2. Setiap tawaran hendaklah disertakan dengan deposit minimum iaitu 10% daripada harga tawaran yang dibuat atau RM300.00 (mana-mana yang lebih tinggi). Sekiranya deposit tawaran tidak disertakan atau deposit tawaran yang disertakan adalah kurang daripada deposit minimum, maka permohonan adalah terbatal dengan sendirinya.
  3. Borang permohonan ini hendaklah ditandatangani oleh pemohon sendiri. Sekiranya syarikat, ianya hendaklah ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa dan cop rasmi Syarikat.
  4. Borang ini hendaklah disertakan dengan satu salinan fotostat Kad Pengenalan atau Satu salinan fotostat Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D) (Semenanjung Malaysia sahaja) atau satu salinan fotostat Lesen Perniagaan (Sabah dan Sarawak sahaja); atau Satu salinan fotostat Borang 9 atau Borang 13; atau Satu salinan fotostat Sijil Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional; atau Surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran (bagi Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau);
  5. Borang permohonan bersama-sama dengan deposit tawaran, dan dokumen-dokumen yang berkenaan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan berperekat rapi.
  6. Semua tawaran untuk nombor pendaftaran hendaklah di pos atau dihantar terus ke alamat berikut:
    (Sila tandakan pada muka hadapan Sampul Surat dengan tulisan ‘PEMBIDAAN PLAT A1M”).

 

Tune Hotel Kuala Lumpur PWTC
No.61, Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan.                   

7. Tarikh Tutup permohonan adalah pada hari Isnin 2nd Oct 2017 jam 6.00 petang.

  1. Pemohon yang berjaya mendapatkan nombor pendaftaran melalui system tawaran ini hendaklah mendaftarkan nombor tersebut pada sebuah kenderaan atas nama pemohon sendiri atau boleh dipindah milik kepada orang lain.
  2. Tempoh pendaftaran adalah 3 bulan dari tarikh bayaran penuh dan semua proses pendaftaran harus dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan sahaja.
  3. Bayaran penuh tawaran nombor pendaftaran yang berjaya hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran yang dikerluarkan. Sekiranya pemohon gagal menjelaskan baki tersebut, maka deposit tawaran yang telah dikemukakan TIDAK akan dikembalikan.
  4. Bagi pemohon-pemohon yang tidak berjaya, deposit akan dikembalikan secepat mungkin melalui pos ke alamat yang telah diisi dalam borang pendaftaran.
  5. Nombor yang sudah dibayar tetapi gagal didaftar dalam tempoh yang ditetapkan akan ditarikbalik dan sebarang bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan. Bagi kes-kes tertentu yang menghalang pendaftaran dalam tempoh 3 bulan, perlanjutan tempoh adalah mengikut keputsan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat akan di TOLAK.
  7. Pihak D’CITY PLANNERS SDN BHD tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran tertinggi atau mana-mana permohonan tawaran.
  8. Keputusan Jawatan kuasa Tawaran adalah muktamad.