Contact

010-7777853
018-7777853
011-28012525
019-3688338

info@plata1m.com.my

A1M | Plat kenderaan A1M mula dibida
a1m, jpj, malaysia car, yayasan, car number plate malaysia
15995
post-template-default,single,single-post,postid-15995,single-format-standard,ajax_fade,page_not_loaded,,qode-title-hidden,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-11.1,qode-theme-nest,wpb-js-composer js-comp-ver-5.1.1,vc_responsive

Plat kenderaan A1M mula dibida

KUALA LUMPUR: Plat khas kenderaan A1M 1 hingga 1000 hasil inisiatif Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) mengumpul dana membantu anak seni, boleh dibida, mulai hari ini.

A1M yang bermaksud ‘Artis 1Malaysia’ ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia, bukan khusus kepada karyawan seni saja.

Pengerusi YA1M, Datuk DJ Dave, berkata idea menawarkan plat khas kenderaan A1M tercetus lima bulan lalu dan diluluskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebulan lalu.

“Sebagai pertubuhan bukan kerajaan yang menjaga kebajikan artis, kami perlu mencari inisiatif lain mengisi tabung YA1M.

“Jadi, kita buka bidaan mendapatkan plat kenderaan istimewa ini mulai hari ini hingga 2 Oktober depan,” katanya selepas merasmikan projek plat kenderaan A1M di ibu negara, sebentar tadi.

DJ Dave berkata, golongan artis turut ditawarkan diskaun istimewa jika membida plat kenderaan itu.

“Yayasan mengenakan kadar deposit terendah berbanding agensi lain iaitu sebanyak 10 peratus saja,” katanya.

Orang ramai yang ingin membida plat kenderaan itu boleh melayari laman sesawang www.plata1m.com.my atau hubungi Jef di talian 011-28012525 atau Dalip (019-7512258).

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.