Contact

010-7777853
018-7777853
011-28012525
019-3688338

info@plata1m.com.my

A1M | Dah boleh bida plat nombor A1M
a1m, jpj, malaysia car, yayasan, car number plate malaysia
16181
post-template-default,single,single-post,postid-16181,single-format-standard,ajax_fade,page_not_loaded,,qode-title-hidden,side_area_uncovered_from_content,qode-theme-ver-11.1,qode-theme-nest,wpb-js-composer js-comp-ver-5.1.1,vc_responsive

Dah boleh bida plat nombor A1M

YAYASAN Artis 1Malaysia membuka secara rasmi pembidaan Plat Nombor siri khas A1M bagi mengumpul dana membantu artis tanah air.

Plat nombor A1M1 hingga A1M1000 itu akan dijual kepada pembida tertinggi bermula hari ini sehingga 2 Oktober nanti.

Menurut Pengerusi Yayasan 1Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave, penjualan nombor itu tidak terhad dan boleh dibeli sesiapa juga dari seluruh dunia.

“Idea ini bertujuan mengumpul dana bagi membantu artis terutama yang uzur, warga emas atau kematian.

“Penggiat seni boleh membeli plat nombor ini dan kami memberi diskaun khas buat mereka. Untuk orang awam pula, mereka cuma perlu membayar 10 peratus wang pendahuluan,” katanya.

DJ Dave turut menzahirkan rasa gembira apabila usaha itu mendapat kerjasama dan kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Idea ini sudah dikemukakan lebih empat bulan lalu. JPJ memberi kelulusan bulan lalu dan semua nombor ini menjadi milik YA1M sepenuhnya,” katanya.

Menurut DJ Dave, YA1M sentiasa mencari peluang untuk menambah dana yayasan.

“Dana ini sangat penting apatah lagi kami mahu membantu artis seluruh tanah air termasuk Sabah dan Sarawak. Sejak ditubuhkan pada 2012, kami sudah membantu lebih 900 artis,” katanya.

Borang serta pembidaan Plat Nombor Siri Khas A1M boleh diperolehi menerusi www.plat1m.com.my.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.